name
Ahad, 25 Julai 2010
detik terrr.... INDAH
banyak yang bermain difikiranku
tak tahu apa yang perlu aku lakukan
diselubungi rasa resah dan gelisah
rasa duka..
rasa cinta..
rasa berbelah..
rasa bersalah..
dan rasa payah untuk memutuskan keputusan
untuk kebahagian diriku..
perasaan takut dan serik..
sering menghantui untuk berkasih
takut dikecewa..
takut tak diharga..
takut di dusta..
pada mulanya aku tak percaya akan kata kata mu
kerana takut akan luka lalu
membawa aku kembali ke lembah kekecewaan
perasaan GEMURUH..
BERDEBAR...
menyuntik sanubari ku..
bukankah selama ini madah yang ini aku nantikan
madah dari insan yang benar benar ku cintai
dari insan yg bernama teman
yang ingin ku abadikan dalam hati
sebagai seorang insan yang bakal mengenal erti pahit manis bersama
aku cuba meluput semua yang pahit
serta kembali menikmati yang manis
meniti kebahagiaan bersama insan yang hadir dihati
perasaan tak menyangka..
jalinan ku bersamamu akhirnya temeterai jua..
saban masa ditelan
saban hari menunggu
saban minggu menyulam
aku telah mengecapi kebahagiaan itu
sukamu dan dukaku
dikongsi bersama
usikan nakalanmu
gelak tawamu
sering bermain di ruang fikiranku
membawa aku hanyut untuk terus menyayangimu
kau sering kata padaku
tiada erti MASIH dalam pelayaran kita
hanya SENTIASA akan menghiasi ruang kasih kita
aku sentiasa berharap sayang semoga esok sentiasa ada hari ku bersamamu...